Jgn Lupa Follow Blog ni:) hehe

Sunday, November 25, 2012

Tips untuk anda setting kamera DSLR

Untuk mendapatkan gambar yang cantik,terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan kerana sekiranya tersilap setting hasil gambar yang diperolehi tidak akan memuaskan.Antara setting yang perlu titikberatkan adalah seperti

  •  Kualiti gambar antara pilihan kualiti gambar di dalam DSLR adlah seperti format RAW dan jpeg.Saiz setiap kualiti gamabr ini adlah berbeza.Kualiti gambr amat penting supaya gambar yang akan  di"edit" berkualiti tinggi.
  • Iso juga perlu diubah mengikut keadaan cahaya di kawasan pergambaran.Sekiranya kawasan yang kurang pengcahayaan iso perlulah dipertingkatkan untuk memastikan cahaya pada gambar mencukupi dan hasil gambar tidak terlalu gelap.
  • Kelajuan shutter pula perlu ditukar mengikut keadaan seperti keadaan subjek yang sdang b'gerak memerlukan kelajuan shutter yang tinggi begitu juga  keadaan yang sebaliknya.Namun terdapat juga sesetengah keadaan yang memerlukan kelajuan shutter yang rendah digunakan untuk megambil objek yang sedang bergrak pantas seperti pergerakan air.Ia nya bertujuan untuk menghasil efek gambar air yang bergrak perlahan.Kelajuan shutter juga perlu diubah mengikut keadaan cahaya,sekiranya cahaya kurang kelajuan shutter  perlulah dikurangkan agar chaya dapt dikumpulkn.
  • Aparture(ukuran bukaan lensa).Fungsi aparture ini juga diubah mengikut keadaan cahaya.Sekiranya cahaya berlebihan ukuran bukaan lensa perlulah sedikit untuk memastikan cahaya yang masuk hanya sedikit.Sekiranya aparture tidak diubah dan aparture dalam keadaan bukaan lensa pada cahaya yang berlebihan hasil gambar akan menjadi terlampau terang.


1 comment: